Detasmen Ketumbukan Steiner

Detasmen Ketumbukan Steiner (Armeeabteilung Steiner), juga dirujuk sebagai Ketumbukan Kumpulan Steiner[1](p12) (Armeegruppe Steiner) atau Kumpulan Steiner[2] (Gruppe Steiner), adalah sebuah unit sementara tentera, berkekuatan antara kor dan tentera darat medan, dicipta atas kertas oleh diktator Jerman Adolf Hitler pada 21 April 1945 semasa Pertempuran Berlin, dan diletakkan dibawah perintah SS-Obergruppenführer Felix Steiner.Hitler berharap bahawa unit-unit yang ditugaskan ke Steiner akan dapat melakukan serangan balas yang efektif terhadap serangan kacip utara Soviet ke atas Berlin, tetapi Steiner enggan menyerang kerana menyedari unit itu tidak mencukupi, yang terdiri daripada beberapa askar, remaja Belia Hitler, anggota darat kecemasan Tentera Udara, dan anggota limbungan Tentera Laut. Satu-satunya kereta kebal yang ada ialah sedozen kereta kebal Perancis yang ditawan pada tahun 1940. Kegagalan serangan ini menyebabkan Hitler buat pertama kalinya mengaku bahawa Jerman telah kalah peperangan.

Berkaitan